08 January 2016

Kandungan dalam cecair vape.

Ramai yang salah faham pasal kandungan yg terdapat dalam cecair vape. Tak kurang jugak yang tertanya-tanya apa yg ada dalam setiap botol perisa vape sebenarnya. Dalam post kali ni, kami terangkan pada semua.

Secara basic, cecair perisa vape boleh dibuat dengan 3 - 4 bahan je, iaitu:
1) Propylene Glycol (PG)
2) Vegetable Glycerin (VG)
3) Concentrated Flavor
4) Nikotin - [Tak masuk pun tak apa]

Tapi, brewer-brewer perisa vape sekarang dah maju ke depan. Mereka tambah bahan-bahan lain untuk sedapkan lagi perisa tu, contohnya:
5) Menthol / Cooling Agent
6) Pewarna Makanan
7) Pemanis Sukralos / Stevia

Sekarang, biar kami terangkan secara detail untuk semua bahan-bahan tu.

1) Propylene Glycol (PG)

Propylene Glycol atau lebih dikenali sebagai PG banyak digunakan dalam bidang perubatan. PG boleh didapati dalam sabun, ubat mata, ubat alahan, dan banyak lagi. Selain itu, PG juga digunakan sebagai pengawet makanan binatang dan diperakui oleh FDA. PG di dalam cecair vape berfungsi sebagai bahan asas yang cair dan bawa manis dalam cecair vape. Ada cecair vape yang menggunakan 100% PG yang cair seperti air, tapi hasil yang terbaik selalunya kombinasi PG dan VG.

2) Vegetable Glycerine (VG)

Vegetable Glycerine atau lebih dikenali sebagai VG banyak digunakan dalam pembuatan kek. Seperti namanya, VG dihasilkan daripada sayuran yang mana ia selamat digunakan. VG di dalam cecair vape berfungsi juga sebagai bahan asas yang pekat dan manis. Cecair vape yang menggunakan 80% - 100% VG agak mendapat sambutan di kalangan vapers yang menggunakan dripper, kerana VG menghasilkan lebih banyak wap berbanding PG.

Walaubagaimanapun, ratio 50:50 (PG:VG) tetap yang paling hangat di pasaran memandangkan ratio tersebut lebih fleksibel untuk digunakan pada mana-mana atomizer vape. Dari segi pembuatan cecair, majoriti 95% kandungan dalam cecair perisa vape adalah terdiri daripada PG dan VG ini. Lebih tinggi peratusan VG, lebih pekat cecair vape. Lebih tinggi peratusan PG, lebih cair cecair vape.

3) Concentrated Flavor

Concentrated Flavor digunakan untuk mempelbagaikan rasa cecair vape. Terdapat pelbagai perisa di pasaran seperti fruit base, beverage base, tobacco base, cake base, dan macam-macam lagi. Di pasaran cecair vape sekarang, brewer bersaing dengan mempelbagaikan perisa vape dengan mencampur beberapa flavor menjadikan perisa vape lebih unik. Pada kebiasaannya, brewer akan mencampur 5% - 20% flavor dalam setiap botol cecair vape. Majoriti flavor menggunakan PG sebagai agen pembawa perisa.

4) Nikotin

Penggunaan nikotin hanya sebagai bahan untuk membantu perokok tegar mengalih ketagihannya pada rokok. Nikotin adalah sejenis bahan yang menyebabkan ketagihan, dan penggunaan nikotin yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan nikotin. Oleh itu, brewer disarankan berhati-hati dalam membancuh cecair perisa yang menggunakan nikotin. Had maksimum nikotin yang selamat digunakan adalah 24mg bergantung kepada individu yang menggunakannya. Majoriti cecair perisa vape di Malaysia menggunakan kekuatan 6mg nikotin. Pengguna vape yang gemarkan US flavor biasanya memilih kekuatan 12mg bagi perisa daripada Amerika (US). Vaper yang memang berhasrat untuk berhenti merokok disarankan menurunkan kekuatan nikotin dari masa ke semasa sehingga bebas nikotin dan lebih baik lagi berhenti sepenuhnya daripada rokok dan vape.

5) Menthol / Cooling Agent

Menthol dan Cooling Agent digunakan dalam cecair perisa untuk menghasilkan rasa sejuk dalam vape. Menthol mempengaruhi rasa dalam vape, sedikit rasa seperti ubat gigi. Coolong Agent pula menghasilkan mint dalam vape. Ramai vaper yang sukakan rasa sejuk dalam vape, malah ada yang berpendapat perisa vape akan jadi lebih sedap jika dicampur dengan menthol atau cooling agent. Menthol atau Cooling Agent ini dicampur bersama ketika membancuh perisa vape, dan hanya sedikit sahaja sudah memadai.

6) Pewarna Makanan

Pewarna makanan adalah bahan yang paling tidak diperlukan dalam penghasilan cecair vape. Ia hanya digunakan untuk menghasilkan cecair vape yang lebih menarik dengan warna. Ada pendapat yang mengatakan pewarna makanan ini mendatangkan kesan yang tidak baik untuk paru-paru, ada juga yang menyangkal tuduhan tersebut. Jalan selamat ialah gunakan cecair vape yang jernih atau tanpa pewarna tambahan.

7) Pemanis Sukralos / Stevia

Pemanis sukralos dan stevia adalah dua bahan yang berbeza tetapi tujuannya sama, iaitu untuk memaniskan perisa vape. Pemanis sukralos ialah pemanis tiruan. Ada pemanis sukralos yang tidak baik untuk kesihatan, tetapi hasil daripada forum vaper luar negara mengatakan pemanis sukralos keluaran Splenda adalah yang terbaik di samping tiada kesan sampingan. Namun begitu, penggunaan pemanis sukralos akan meninggalkan kesan kerak pada coil yang memerlukan vaper kerap menukar kapas/wick. Berbeza dengan stevia, stevia ialah pemanis semulajadi yang dihasilkan daripada daun stevia dan 30 kali lebih manis berbanding gula. Stevia terbukti lebih selamat berbanding pemanis sukralos. Oleh kerana stevia agak mahal, lebih ramai brewer suka menggunakan pemanis sukralos berbanding stevia.

Setakat ini, itu sahaja yang dapat kami kupas. Jika ada yang tertinggal maafkan kami dan kami akan cuba untuk menambah apa yang kami terlepas dari masa ke semasa.

Bagi yang tertanya-tanya, jawapannya ya. Tiada penggunaan dadah yang digunakan dalam penghasilan cecair vape. Penggunaan dadah seperti syabu, ganja, atau ketum adalah perbuatan sebilangan orang yang tidak bertanggungjawab. Jangan kecam kami sebagai vaper yang berniat baik menggunakan inisiatif vape untuk berhenti merokok dengan menuduh kami menggunakan dadah. Kami juga mengecam mereka yang tidak bertanggungjawab sama seperti anda.

Seluruh bahan-bahan yang digunakan dalam cecair vape adalah bahan yang sama untuk membuat kek, kecuali nikotin. Jika anda katakan vape itu bahaya, bermakna makan kek juga bahaya. Jika anda nak kata vape ada kesan sampingan (walaupun tak tahu apa kesan tu), makan nasi juga ada kesan sampingan seperti kena kolestrol tinggi, darah tinggi dan sebagainya. Hanya sekadar contoh dari rakyat marhaen seperti saya. Alhamdulillah, sudah 5 tahun saya vape (kini menggunakan kekuatan 0mg - 3mg) kesan sampingan yang saya dapati cuma stamina yang semakin cergas.

Jumpa lagi dalam post akan datang, InsyaAllah.

P/S: Jika Malaysia mengisytiharkan pengharaman vape di negara ini, kami di BlackPurple Vapor akan membuat post rasmi untuk penutupan blog ini dan juga bersempena menamatkan bisnes kami, sekian..

15 comments:

  1. Thank bro sbb explain..part paling last tu logic..sya minat...thanks so much bro..start skrg sya kena beli flav yng jernih la..hehe..btw thanks again.

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome bro..cuma rasa terpanggil utk explain sbb ramai sgt yg persoal macam2.
      Mencegah jauh lbh baik dr mengubati :)

      Delete
  2. Assalam bro...nk tanya sikit...setiap flavour yg mempunyai nikotin...boleh mempengaruhi didalam darah atau air kencing ke?..mohon penjelasan

    ReplyDelete
  3. Shop Vapesourcing,it offers a variety of vapor and e-cigarettes as an alternative to everyday cigarettes. Whether new to vapor cigarettes or have had experience in the past, Vapesourcing has an option for everyone. Buy good product in https://vapesourcing.com/vandy-vape-berserker-mtl-rda.html

    ReplyDelete
  4. Nma flavor ap yg x de nikotin
    dan sukralos dan ad stevia ? Bantu sy dn beritahu smua jnis nma flavor yg sedap dimalaysia , xde nikotin dan sukralos

    ReplyDelete
  5. maaf nak tnya adakah pengunaan pemanis tiruan tu boleh dpt efek pada pngidap diabetes

    ReplyDelete
  6. maaf nak tnya adakah pengunaan pemanis tiruan tu boleh dpt efek pada pngidap diabetes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, takut pulak nanti tengok2 darah tiba2 manis

      Delete
  7. Terbaik bro..info yg sangat berguna dan bermakna.

    ReplyDelete
  8. Nak tanya sikit, bagaimana pulak tentang perisa tu, kalau pesakit kencing manis, takda kah kesan2 yg mudarat kepada pesakit kencing manis, sebab perisa tu kan manis, kalau check darah nanti, tengok2 darah pada badan manis?,

    ReplyDelete
  9. Langkah terbaik tinggalkan vape n seangkatan dgnnya..

    ReplyDelete
  10. An obligation of appreciation is all together for offering this quality information to us. I genuinely had a great time examining. Will point of fact going to confer this URL to my allies. lions breath carts

    ReplyDelete
  11. Kek makan masuk dalam perut, flavour masuk dalam paru paru

    ReplyDelete
  12. Spice vape juice in the UK, like Mad Hatter C Liquid, brings a stylish twist to vaping with its distinct flavor profile. The rich, bold spices offer a satisfying experience, perfect for those seeking something unique. The spice vape juice uk blend not only elevates the vaping experience but also complements the modern, fashionable lifestyle. Ideal for those who appreciate high-quality ingredients, it stands out in the crowded market, providing a flavorful and sophisticated choice for discerning vapers.

    ReplyDelete