04 August 2015

ARTIKEL: Sejarah Rokok Elektronik

Assalamualaikum kawan-kawan vapers sekalian alam....
Mesti ada yang tertanya-tanya pasal dari mana datangnya rokok elektronik ni kan. Pernah sekali aku terbaca komen orang kt laman low yat, katanya rokok elektronik ni teknologi alien ke?sebenarnya takde la alien mana pun kalau tahu dari mana datangnya. Mari aku bagitahu dari mana datangnya teknologi rokok elektronik ni. Di bawah ni artikel yang aku kutip dari wikipedia dan di"melayu"kan, yang penting bukan google translate. Selamat mencedok ilmu.

Rokok elektronik pertama dihasilkan oleh Herbert A. Gilbert pada tahun 1963. Beliau mencipta sejenis rokok tanpa tembakau dan tanpa asap. Ia menggantikan bara tembakau dan kertas dengan pemanas yang lembab dan berperisa. Alat ini menghasilkan wap yang berperisa dan tanpa nikotin. Paten alat ini telah pun diluluskan pada tahun 1965 di mana pada masa itu paten Gilbert ini merupakan satu inovasi yang maju dan ke hadapan. Pada masa itu juga, prototaip telah dikeluarkan namun mendapat kurang perhatian daripada orang ramai dan akhirnya tidak pernah dipasarkan atas sebab rokok tembakau sangat popular pada masa itu. Pada tahun 2013, Gilbert mengatakan rokok elektronik yang terdapat pada hari ini mengikut patennya dahulu memandangkan asas binaannya adalah sama.

Herbert A. Gilbert

Ahli farmasi dari China, Hon Lik, yang bekerja sebagai Research Pharmacist untuk sebuah syarikat ginseng merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta rokok elektronik moden. Lik berhenti merokok selepas ayahnya yang merupakan perokok tegar meninggal dunia kerana kanser paru-paru. Pada tahun 2003, beliau terfikir untuk menggunakan ultrasonik piezoelektrik berfrekuensi tinggi menghasilkan elemen untuk mengewapkan cecair bertekanan yang mengandungi nikotin. Rekaan itu menghasilkan wap air seakan-akan asap. Lik mengatakan keputusan lebih baik jika menggunakan pemanasan rintangan dan apa yang susah ialah untuk mengecilkan saiz rekaannya itu. Alat rekaan Lik itu dijangkakan akan menjadi alternatif bagi rokok tembakau.
*piezoelektrik = bahan aktif yang berupaya mengeluarkan voltan dan arus apabila diransang oleh satu tenaga yang berbentuk fizikal.


Hon Lik

Hon Lik mempatenkan rokok elektronik moden pada tahun 2003. Hon Lik diberi kredit atas mencipta rokok elektronik komersil yang berjaya. Rokok elektronik pertama kali memasuki pasaran China pada tahun 2004. Kemudian banyak versi rokok elektronik memasuki pasaran US, kebanyakannya dijual di dalam internet secara kecil-kecilan. Syarikat tempat Lik bekerja, Golden Dragon Holdings, menukar namanya kepada "Ruyan" yang bermaksud 'seperti merokok'. Syarikat Ruyan mula mengeksport barangannya dari tahun 2005 hingga 2006 sebelum mendapat paten antarabangsa pertamanya pada tahun 2007. Kemudian, Ruyan menukar lagi namanya kepada "Dragonite International Limited". Pada tahun 2013, Lik berkata "Saya betul-betul berharap agar kumpulan farmaseutikal antarabangsa gergasi mula mengeluarkan rokok elektronik dan pihak seperti FDA di Amerika Syarikat akan terus mengenakan piawaian yang lebih ketat supaya produk kekal seselamat yang mungkin". Rokok elektronik pada hari ini menggunakan elemen pemanas yang dijana oleh bateri dan bukannya reka bentuk teknologi ultasonik yang dipatenkan sejak 2003.

Hon Lik melihat rokok elektronik seperti 'kamera digital yang menakluk kamera analog'. Katanya lagi "Kemasyhuran saya sentiasa mengikut perkembangan industri rokok elektronik. Mungkin dalam 20 - 30 tahun lagi saya akan jadi sangat terkenal". Banyak syarikat pengeluar rokok elektronik dari US dan China yang meniru hasil kerjanya secara haram, jadi Lik tidak dibayar royalti daripada paten ciptaannya. Sesetengah syarikat pengeluar rokok elektronik US telah memberi pampasan kepada Hon Lik melalui tuntutan mahkamah.

Rokok elektronik terus berkembang dari generasi pertama sehingga tahun 2006, usahawan British iaitu Umer dan Tariq Sheikh dari syarikat XL Distributors mencipta cartomizer. Cartomizer ialah mekanisme memasukkan gegelung pemanas (coil) ke dalam ruang simpanan cecair. Mereka melancarkan sistem baru ini di UK pada tahun 2008 di bawah jenama Gamucci dan rekabentuk sistem ini digunapakai secara meluas oleh semua syarikat-syarikat pengeluar rokok elektronik pada masa kini. Paten cartomizer ini telah diluluskan oleh UK kepada syarikat XL Distributors pada Februari 2013 dan dikeluarkan oleh UK Intellectual Property Office. Rokok elektronik ini telah dipasarkan ke Eropah dan US pada tahun 2006 dan 2007.

XL Distributors Team

Apabila syarikat-syarikat tembakau antarabangsa mula sedar yang pembangunan dari sektor rokok elektronik ini berpotensi menjatuhkan pasaran tembakau, mereka mula mencampurkan diri dalam industri ini secara pesat. Ada antara mereka yang sudah mengeluarkan dan memasarkan rokok elektronik mereka sendiri dengan menggunakan nama syarikat yang sudah sedia ada di dalam pasaran. Pengeluar rokok elektronik yang terkenal, Blu eCigs, telah dibeli oleh syarikat Lorillard Inc pada tahun 2012, British American Tobacco (BAT) telah melancarkan jenama Vype pada tahun 2013, manakala Imperial Tobacco's Fontem Ventures telah membeli saham yang dimiliki oleh Hon Lik melalui Dragonite International Limited dengan harga USD75 juta pada tahun 2013 dan melancarkan Puritane dengan kerjasama Boots UK. Pada 1 Oktober 2013, Lorillard Inc sekali lagi melancarkan syarikat rokok elektronik baru iaitu SKYCIG dengan kerjasama UK. SKY telah dijenamakan semula sebagai Blu. Pada 3 Februari 2014, Altria Group Inc telah berjaya membeli saham jenama rokok elektronik yang popular iaitu Green Smoke dengan nilai USD110 juta. Perjanjian tersebut dimeterai pada April 2014 bagi nilai USD 110 juta dan USD20 juta sebagai bayaran insentif. Altria Group Inc juga telah melancarkan produk rokok elektroniknya sendiri iaitu MarkTen. Pada masa yang sama syarikat Reynolds American juga mula menceburkan diri dalam sektor ini dengan produknya, Vuse. Pada Jun 2014, Japan Tobacco telah membeli saham jenama rokok elektronik UK E-Lites dan US Logic pada 30 April 2015. Pada 15 Julai 2014, Lorillard Inc telah menjual saham Blu kepada Imperial Tobacco sebagai sebahagian daripada perjanjian yang bernilai USD7.1 billion. Sehingga Mac 2015, 74% daripada pasaran rokok elektronik di US telah dikuasai oleh syarikat-syarikat tembakau antarabangsa. Sehingga Mei 2015 pula, 80% daripada produk rokok elektronik dikeluarkan oleh syarikat-syarikat tembakau antarabangsa.


Itulah dia sejarah rokok elektronik yang tercatat setakat ini. Ini sejarah dari akar umbi rokok elektronik, Insya-Allah pada masa akan datang "mungkin" aku akan masukkan pulak sejarah rokok elektronik di Malaysia. cuma "mungkin" saja.
Jadi, Vapers di luar sana, vape secara selamat dan vape lah secara berilmu.
Be Safe, Be Educated.
Jumpa lagi pada post akan datang.
Assalamualaikum.



3 comments:

  1. Thanks for your info sir..
    I keep this info on my note :)

    ReplyDelete
  2. Shop Vapesourcing,it offers a variety of vapor and e-cigarettes as an alternative to everyday cigarettes. Whether new to vapor cigarettes or have had experience in the past, Vapesourcing has an option for everyone. Buy good product in https://vapesourcing.com/smok-resa-stick-kit-with-resa-prince-tank.html

    ReplyDelete